Legasi Komet Hale–Bopp

Komet Hale–Bopp yang masih aktif ketika berada pada jarak 2,000 juta km dari Matahari.

Tempoh penampakan yang panjang dan liputan yang meluas di media bererti Hale–Bopp mungkin merupakan komet yang paling banyak diperhatikan dalam sejarah, memberikan impak yang lebih besar kepada orang awam berbanding kedatangan semula komet Halley pada 1986 dan sudah pasti ia dilihat oleh lebih ramai orang berbanding yang menyaksikan penampilan Halley sebelumnya. Contohnya, 69% rakyat Amerika telah melihat Hale–Bopp pada 9 April 1997.[60]

Komet ini juga komet yang memecah rekod sebagai komet terjauh dari Matahari yang ditemui oleh amatur dengan nukleus komet terbesar yang dapat diukur dengan baik selepas 95P/Chiron[14] dan ia boleh dilihat dengan mata kasar untuk dua kali lebih lama berbanding pemegang rekod sebelumnya.[15] Ia juga lebih terang daripada magnitud 0 selama lapan minggu, lebih lama berbanding mana-mana komet yang pernah direkodkan.[19]

Hale–Bopp juga adalah "komet terakhir yang disaksikan oleh Shoemakers bersama" selepas Gene Shoemaker dan isterinya Carolyn terlibat dalam kemalangan kereta selepas mengambil gambar komet.[61] Gene meninggal dalam kejadian itu dan abunya dihantar ke Bulan bersama-sama sekeping gambar komet Hale–Bopp. Beliau berdua dikenali melalui penemuan bersama komet Shoemaker–Levy 9.

Rujukan

WikiPedia: Komet Hale–Bopp http://www.cometography.com/lcomets/1995o1.html http://science.nationalgeographic.com/science/spac... http://www.nature.com/nature/journal/v380/n6570/ab... http://one.revver.com/watch/90657/flv/affiliate/14... http://www.sciam.com/article.cfm?id=the-trail-of-h... http://www.shadowandsubstance.com/Past%20graphics/... http://www.springerlink.com/content/h72381014307x6... http://www.springerlink.com/content/pr2756540kx944... http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,9... http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,9...